Iklan: Jawatan kosong kosong di Majlis Daerah Tampin
Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN
JAWATAN 1 – PENOLONG JURUTERA GRED J29
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang di iktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2);
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
JAWATAN 2 – PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J29
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang seni bina yang di iktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2);
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
JAWATAN 3 – PENOLONG PEGAWAI PERANGANG BANDAR DAN DESA GRED J29
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang di iktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati dengan percuma dari Pejabat Majlis Daerah Tampin (Bahagian Pentadbiran). Samada dengan datang sendiri ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 32cm x 22cm beralamat sendiri berserta setem yang mencukupi.
b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Lahir dan Sijil–Sijil Persekolahan, surat akuan dan lain–lain dokumen berkaitan diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana–mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberikuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.
c) Semua permohonan hendaklah sampai ke pejabat
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
~~~ xoxo ~~~




No comments:
Post a Comment